Buku tulisan HLOVATE ni beri impak besar dalam hidup aku. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi.
Alhamdulillah, hari ni aku siap baca buku ni. Pendapat aku tentang buku ni.... PERFECT! Itu je yang aku dapat cakap.
Sungguh, aku bersyukur kepada Allah kerana gerakkan hati aku untuk beli buku ni.
Banyak manfaat aku dapat...
Sebab contengan jalanan........... aku..
- Tekad untuk tulis blog ni... aku nak beri manfaat pada diri dan orang lain.. walaupun sedikit... macam Chad ajak Fend pergi Australia untuk cari erti hidup.. dan Fend juga kemudiannya bawa K2 pergi Australia, sbb dia nak K2 rase ape yg dia pernah lalui...
- Tekad untuk berubah sekarang. Now! Bukan nanti... bukan esok...bukan tahun depan...bukan bila dah tua nanti... sebab... The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th... siapa tahu kita akan mati bila? mungkin esok... mungkin lusa... hanya Allah Yang Maha Tahu..
- Tekad untuk baca, dan khatamkan hadith 40... kalau fend dan chad boleh, kenapa aku x???
- Takkan judge orang lain... sebab aku yakin, semua orang boleh berubah.. Hati tu Allah yang pegang... n Never assume, ask!
- Rindu Ramadhan... lepas ni, aku takkan sia-siakan Ramadhan aku... aku nak buat check list macam HLOVATE dah ajar...
- Teringin nak bermusafir... tengok dunia luar...belajar dari apa yang kita lihat... Bak kata Bapak Tono, "Bermusafirlah. Bumi Allah itu luas. Belajarlah dengan bermusafir. Ramai yang terlupa, alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmu-Nya.."
- Cuba bangun malam... setiap hari... bak kata Bapak Tono ‘Allah sudah bilang, Allah suka hambaNya bangun malam. Mohon ampun, mohon doa, mohon segala.'
Seriusly aku suka novel ni. Suka sangat-sangat. Terima kasih Allah. Terima kasih HLOVATE. Aku sarankan pada semua. Bacalah. Iqra'. Read. Read and heed. Alamilah ape yang aku rase.
Tapi... tak semestinya semua yang baca novel ni akan rasa benda yang sama macam aku rasa. Sebab...
HIDAYAH DAN PETUNJUK ITU MEMANG HANYA ALLAH YANG BAGI. BENDA DAN PERKARA YANG SAMA TAK SEMESTINYA MEMBERIKAN KESAN YANG SAMA JUGA KEPADA PENERIMA YANG BERBEZA...
contengan jalanan (m/s 106-107)
No comments:
Post a Comment