Tuesday, 31 January 2012

quote #1

pic taken here
Hapuskan kepahitan masa lalu, pandang ke hadapan dan genggamlah masa kini. Yang lalu biarkan berlalu, usah dikenang, usah diratapi. Segalanya takdir ilahi. Siapa kita untuk menyanggahnya. :)
-hafiz enrique- 

Monday, 30 January 2012

Dalam Mihrab Cinta...

Dalam Mihrab Cinta...
Sebuah movie indonesia arahan Habiburrahman El-Shirazi yang dihadiahkan oleh seorang kawan sebagai hadiah perkenalan...

Mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang tekad menuntut di pasentran, tetapi telah dituduh mencuri oleh seorang kawan yang dipercayai. Kemudian dia dibuang dari pasentran dan terpaksa mencuri untuk meneruskan kehidupan. Setelah itu, dia insaf dan mengubah jalan hidupnya. Jatuh hati kepada seorang wanita yang sangat cantik. Tetapi jodoh itu hanya Tuhan yang Maha Tahu... ;)

Moga bermanfaat.... 



*Sahabatku hafiz.... terima kasih atas hadiah yang tidak ternilai ini... moga sentiasa diberkati..*

Thursday, 26 January 2012

Ayat seribu dinar...

Malam ni aku search tentang ayat seribu dinar. Sebab kelalaian aku, setiap kali aku baca, aku rse macam salah. So aku crik untuk amalkannya semula. Manusia macam aku, sering lupa. Betapa banyak nikmat Dia dah beri pada aku, aku jarang ucap syukur. Bila ditimpa susah, kadang baru aku ingat Dia. Baru bangun malam. Baru nak start semuanya. Tapi xpe, aku rse lebih baik lambat dari xde langsung. Di sini aku nak kongsi tentang ayat seribu dinar dan hikmahnya. Aku kongsi dari link ni:  http://alivewire.wordpress.com/2007/06/13/hikmat-ayat-seribu-dinar/


Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

*beramallah dengan bersungguh-sungguh, dan bertawakkallah kepada Dia... InsyaAllah, kita sentiasa dilindungiNya.. amin...*

Sunday, 22 January 2012

Contengan Jalanan...

Contengan jalanan...

Buku tulisan HLOVATE ni beri impak besar dalam hidup aku. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi.

Alhamdulillah, hari ni aku siap baca buku ni. Pendapat aku tentang buku ni.... PERFECT! Itu je yang aku dapat cakap.

Sungguh, aku bersyukur kepada Allah kerana gerakkan hati aku untuk beli buku ni.

Banyak manfaat aku dapat...

Sebab contengan jalanan........... aku..

  • Tekad untuk tulis blog ni... aku nak beri manfaat pada diri dan orang lain.. walaupun sedikit... macam Chad ajak Fend pergi Australia untuk cari erti hidup.. dan Fend juga kemudiannya bawa K2 pergi Australia, sbb dia nak K2 rase ape yg dia pernah lalui...
  • Tekad untuk berubah sekarang. Now! Bukan nanti... bukan esok...bukan tahun depan...bukan bila dah tua nanti... sebab... The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th... siapa tahu kita akan mati bila? mungkin esok... mungkin lusa... hanya Allah Yang Maha Tahu..
  • Tekad untuk baca, dan khatamkan hadith 40... kalau fend dan chad boleh, kenapa aku x???
  • Takkan judge orang lain... sebab aku yakin, semua orang boleh berubah.. Hati tu Allah yang pegang... n Never assume, ask!
  • Rindu Ramadhan... lepas ni, aku takkan sia-siakan Ramadhan aku... aku nak buat check list macam HLOVATE dah ajar...
  • Teringin nak bermusafir... tengok dunia luar...belajar dari apa yang kita lihat... Bak kata Bapak Tono, "Bermusafirlah. Bumi Allah itu luas. Belajarlah dengan bermusafir. Ramai yang terlupa, alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmu-Nya.."
  • Cuba bangun malam... setiap hari... bak kata Bapak Tono ‘Allah sudah bilang, Allah suka hambaNya bangun malam. Mohon ampun, mohon doa, mohon segala.'

Seriusly aku suka novel ni. Suka sangat-sangat. Terima kasih Allah. Terima kasih HLOVATE. Aku sarankan pada semua. Bacalah. Iqra'. Read. Read and heed. Alamilah ape yang aku rase.

Tapi... tak semestinya semua yang baca novel ni akan rasa benda yang sama macam aku rasa. Sebab...
HIDAYAH DAN PETUNJUK ITU MEMANG HANYA ALLAH YANG BAGI. BENDA DAN PERKARA YANG SAMA TAK SEMESTINYA MEMBERIKAN KESAN YANG SAMA JUGA KEPADA PENERIMA YANG BERBEZA... 
contengan jalanan (m/s 106-107) 

Baucer 1 Malaysia

Alhamdulillah, buku-buku ni aku beli dengan baucer 1 Malaysia. Masih berbaki RM100.  ツ

 
Bila berkelapangan akan ceritakan sedikit apa yang aku dapat, InsyaAllah.... ツ

Saturday, 21 January 2012

Muhasabah cinta...

Lirik: 
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


*mode: tiba-tiba teringat sahabat yang dahulunya sering mengingatkan..... doaku moga engkau sentiasa dirahmati dan dilindungi...

Iqra'.. Bacalah.....

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Tuhanmulah yang maha pemurah”, (QS.Al-laq: 1-3)

Okeyh, aku bukan nak cerita tentang wahyu pertama, tapi ade kaitan.

Dulu, aku tak suka membaca. Kalau baca takat majalah-majalah nipis, tu pun mungkin selak-selak tgk gambar, n baca tajuk yang agak-agak menarik. Kalau membaca pun, dekat-dekat nak exam, pulun baca nota. Itulah definisi membaca bg aku.

Tapi, lepas kenal seorang sahabat, benda pertama yang dia hadiahkan pada aku adalah penanda buku, dan 2 buah buku, tajuknya, 'Aku Terima Nikahnya' tulisan Ustaz Hasrizal. Aku hargai sangat-sangat hadiah 2, sungguh bersemangat aku membaca. Lepas dari tu, aku tanam pada diri untuk meneruskan pembacaan. Serius, langsung xrugi membaca.

Ni antara koleksi buku yang aku ada. Ada masa, aku cerita sikit apa isinya.. 


hadiah dari sahabat..
juga hadiah dari sahabat.. 
 

Bismillah...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, aku rasa betul-betul nekad nak buat blog. Wlaupun sebenarnya taklah sehebat mana menulis dan merungkai kata, tapi at least aku cuba. 

NOBODY KNOW HOW HIGH YOU CAN FLY EVEN YOU UNTIL YOU SPREAD YOUR WINGS. ツ
Apepun, aku sangat mengharap aku dapat memberi manfaat pada diri, juga pada orang lain. Allah kata, sekecil-kecil zarah kebaikan yang kita buat pun akan dapat ganjaran.

Semoga bermanfaat!