Monday, 23 July 2012

Be grateful... :)

Assalamualaikum...

I found this in Yasmin Mogahed's status facebook... and i interested to share this... May Allah bless her.. :)


"To all those broken or hopeless, I have learned this: 

Be grateful for every single person who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. The ones that came, and the ones that left. They all taught you. Don't think for a moment that any of it was random. There are no oversights with God. Only perfectly crafted chapters in each unique journey."

Sunday, 22 July 2012

Surah Ad-Dhuha



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

[1] Demi waktu Duha.
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
[6] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Tuesday, 26 June 2012

Cara Rasulullah Didik Anak

  • menghidu, mendakap dan mencium anak-anak.
  • baginda suka mengangkat kanak-kanak.
  • selalu bermain dan bergurau dengan kanak-kanak.
  • membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka. (tidak menipu, berani, sifat-sifat pemimpin)
  • melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik. (tidak memukul).
  • melindungi anak-anak dengan doa.
  • menghidupkan keceriaan di hati kanak-kanak.
  • rasakan layanan yang diberikan adalah satu ibadah.
JADILAH GURU KETIKA DIA KECIL DAN KAWAN APABILA DIA MENINGKAT DEWASA.


"Katakanlah, jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu."
(Surah Ali Imran: 31)

Monday, 25 June 2012

Ramadhan Datang Lagi..... ^^,

Bismillahirrahmanirrahim....

fuh.. fuh.. Berabuk sgt dah blog ni... Ya Allah.. Aku minta maaf sebab lalai.. Angan-angan dan kata-kata kosong.. Ingin berubah, nak update blog slalu.. tp setelah hampir setahun xjenguk... Allah...

tp xpe... aku kembali bersemangat... bukn selama ini aku alpa... malah dari sehari ke sehari aku merangkak, menapak, berjalan berusaha menjadi baik dan lebih baik. Ramadhan lepas yang mendidik jiwa, moga THE COMING RAMADHAN AKU DAPAT JADI LEBIH BAIK PADA PANDANGANMU YA ALLAH...

So, Ramadhan kali ni aku dah prepare siap... tadaaaa.... this is call mutabaah amal.... for my Ramadhan... :)



Kenapa aku buat mcm ni?? last Ramadhan I did read a novel written by HLOVATE, Contengan jalanan... it is a really touched my heart.. n this mutabaah Ramadhan hlovate lampirkan dalam novel 2... Untuk kita prepare amalan n update amalan-amalan kite sepanjang Ramadhan... X rugi klau buat pun...

I'm hoping for a new and better Ramadhan.. plis pray for me ya! Preparing for a better jasmani, rohani, emosi utk Ramdhan yang dinanti.... Sahabat, doakan.. doakan.. doakan... 

Ya Allah.. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan... 
Amin ya Rabb...

Wednesday, 15 February 2012

Tips berpuasa untuk anak-anak

Ummi nak simpan untuk anak ummi satu hari nanti... Ummi nak anak-anak ummi jd anak yang soleh dan solehah... Bijak pandai... Yang akan doakan ummi selepas ummi mati nanti... ツ

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

~~Aku rase aku patut kongsikan artikel ini... aku setuju dengan asil tulisan Saudara Hilal Asyraf  (Langit Ilahi)...~~

Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.

Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

           “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

            “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
            “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

 “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
 “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
  -----------------------------------------------------------
  Perbualan di atas ini adalah SMS
  ------------------------------------------------------------

Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

“Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
“Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
“Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya. Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.


Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.
Cinta. Rosak dalam tangan manusia yang tidak mendalaminya.

Wednesday, 1 February 2012

Jodoh...



Jodoh itu rahsia ALLAH,

Sweet Kan..? ALLAH nak

bagi kejutan dekat Kita..


☻♥☻

/█\/█\

.||. .||.

SEKUAT mana saya SETIA...

SEHEBAT mana kita MERANCANG...

SELAMA mana kita MENUNGGU...

SEKERAS mana kita BERSABAR...

SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...

Jika ALLAH tidak menulis

jodoh kita bersama.. 

Kita tetap TIDAK AKAN bersama.. 

Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.. 

dan ALLAH adalah sebaik2 perancang ~
pic taken here..

Tuesday, 31 January 2012

quote #1

pic taken here
Hapuskan kepahitan masa lalu, pandang ke hadapan dan genggamlah masa kini. Yang lalu biarkan berlalu, usah dikenang, usah diratapi. Segalanya takdir ilahi. Siapa kita untuk menyanggahnya. :)
-hafiz enrique- 

Monday, 30 January 2012

Dalam Mihrab Cinta...

Dalam Mihrab Cinta...
Sebuah movie indonesia arahan Habiburrahman El-Shirazi yang dihadiahkan oleh seorang kawan sebagai hadiah perkenalan...

Mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang tekad menuntut di pasentran, tetapi telah dituduh mencuri oleh seorang kawan yang dipercayai. Kemudian dia dibuang dari pasentran dan terpaksa mencuri untuk meneruskan kehidupan. Setelah itu, dia insaf dan mengubah jalan hidupnya. Jatuh hati kepada seorang wanita yang sangat cantik. Tetapi jodoh itu hanya Tuhan yang Maha Tahu... ;)

Moga bermanfaat.... 



*Sahabatku hafiz.... terima kasih atas hadiah yang tidak ternilai ini... moga sentiasa diberkati..*

Thursday, 26 January 2012

Ayat seribu dinar...

Malam ni aku search tentang ayat seribu dinar. Sebab kelalaian aku, setiap kali aku baca, aku rse macam salah. So aku crik untuk amalkannya semula. Manusia macam aku, sering lupa. Betapa banyak nikmat Dia dah beri pada aku, aku jarang ucap syukur. Bila ditimpa susah, kadang baru aku ingat Dia. Baru bangun malam. Baru nak start semuanya. Tapi xpe, aku rse lebih baik lambat dari xde langsung. Di sini aku nak kongsi tentang ayat seribu dinar dan hikmahnya. Aku kongsi dari link ni:  http://alivewire.wordpress.com/2007/06/13/hikmat-ayat-seribu-dinar/


Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

*beramallah dengan bersungguh-sungguh, dan bertawakkallah kepada Dia... InsyaAllah, kita sentiasa dilindungiNya.. amin...*

Sunday, 22 January 2012

Contengan Jalanan...

Contengan jalanan...

Buku tulisan HLOVATE ni beri impak besar dalam hidup aku. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi.

Alhamdulillah, hari ni aku siap baca buku ni. Pendapat aku tentang buku ni.... PERFECT! Itu je yang aku dapat cakap.

Sungguh, aku bersyukur kepada Allah kerana gerakkan hati aku untuk beli buku ni.

Banyak manfaat aku dapat...

Sebab contengan jalanan........... aku..

  • Tekad untuk tulis blog ni... aku nak beri manfaat pada diri dan orang lain.. walaupun sedikit... macam Chad ajak Fend pergi Australia untuk cari erti hidup.. dan Fend juga kemudiannya bawa K2 pergi Australia, sbb dia nak K2 rase ape yg dia pernah lalui...
  • Tekad untuk berubah sekarang. Now! Bukan nanti... bukan esok...bukan tahun depan...bukan bila dah tua nanti... sebab... The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th... siapa tahu kita akan mati bila? mungkin esok... mungkin lusa... hanya Allah Yang Maha Tahu..
  • Tekad untuk baca, dan khatamkan hadith 40... kalau fend dan chad boleh, kenapa aku x???
  • Takkan judge orang lain... sebab aku yakin, semua orang boleh berubah.. Hati tu Allah yang pegang... n Never assume, ask!
  • Rindu Ramadhan... lepas ni, aku takkan sia-siakan Ramadhan aku... aku nak buat check list macam HLOVATE dah ajar...
  • Teringin nak bermusafir... tengok dunia luar...belajar dari apa yang kita lihat... Bak kata Bapak Tono, "Bermusafirlah. Bumi Allah itu luas. Belajarlah dengan bermusafir. Ramai yang terlupa, alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmu-Nya.."
  • Cuba bangun malam... setiap hari... bak kata Bapak Tono ‘Allah sudah bilang, Allah suka hambaNya bangun malam. Mohon ampun, mohon doa, mohon segala.'

Seriusly aku suka novel ni. Suka sangat-sangat. Terima kasih Allah. Terima kasih HLOVATE. Aku sarankan pada semua. Bacalah. Iqra'. Read. Read and heed. Alamilah ape yang aku rase.

Tapi... tak semestinya semua yang baca novel ni akan rasa benda yang sama macam aku rasa. Sebab...
HIDAYAH DAN PETUNJUK ITU MEMANG HANYA ALLAH YANG BAGI. BENDA DAN PERKARA YANG SAMA TAK SEMESTINYA MEMBERIKAN KESAN YANG SAMA JUGA KEPADA PENERIMA YANG BERBEZA... 
contengan jalanan (m/s 106-107) 

Baucer 1 Malaysia

Alhamdulillah, buku-buku ni aku beli dengan baucer 1 Malaysia. Masih berbaki RM100.  ツ

 
Bila berkelapangan akan ceritakan sedikit apa yang aku dapat, InsyaAllah.... ツ